Along Aju hantar 7 dulang berbalas 5 dulang hantaran dari pihak lelaki..Bakal suami Along nie kira peramah gak..tapi aku terlupa lak nk amik gambar dia.kalau tak ada aral melintang, mungkin bulan 1 thn depan mereka akan berkahwin...
Wednesday, September 23, 2009
Majlis Pertunangan Along Aju
Along Aju hantar 7 dulang berbalas 5 dulang hantaran dari pihak lelaki..Bakal suami Along nie kira peramah gak..tapi aku terlupa lak nk amik gambar dia.kalau tak ada aral melintang, mungkin bulan 1 thn depan mereka akan berkahwin...
SALAM LEBARAN
Assalamualaikum...salam hamba hulur tanda ingatan...cewah...nyanyi lak..Seperti thn2 yg lepas..aku menyambut syawal di rumah nenda tercinta di Kg Tj Ipoh Kuala Pilah N9.Tahun nie terasa meriah suasana rasa sbb pada raya ke 3, anak mak ngah aku ..kak long Aju bertunang ngan org Melaka. Dia buat majlis bertunang tu di rumah Wan aku..Lagipun ramai sedara mara yg dtg bertandang..Wlp keadaan wan tak berapa sihat..tapi aku rasa dia mesti bersyukur kerana masih dapat merayakan hari lebaran bersama anak, cucu dan cicitnya..

Aku juga merasa bersyukur kerana dapat beraya bersama sanak saudara..dan anak2 ku walaupun tak dpt beraya bersama suami tersayang krn..dia tak dpt cuti...Kesian.Thn ni kami sekeluarga sedondon berwarna hijau..Wlpn aku tk berape gemar ngan kaler tu...tapi saje nk pelbagaikan warna baju..Tak sangka pulak ramai yg bertemakan hijau thn ni.( Sory gambar kelabu...kamera rosak..anak2 bawak main...hish..)
Ain ngan Dhia paling seronok balik kg...wlpn kena gigit nyamuk...diorg nie merayau sakan..sampai jth tangga ngan tebing..lasak sungguh anak2 Zairi nie..Arissa pun lasak kemain..Dah besar anak2 Ummi niee..kuat melawa ngan mengamukkkk...kesian Ummi tau..
Aku dan satu2nya adik ku..kami dua beradik je..Amirul Hazwan nama di beri..tapi panggil Edy je...paksu anak2 ku..Tima kasih sbb bg akak duit raya wlpn dh abis beli pampes ngan susu Arissa..Lebat dpt bonus thn nie..paksu...bisnes kencang yekk.
Tengok lah Arissa tu...bukan nak duduk diam..Dia tak nk kena pegang...balik kg kali nie..kena gomol je si jepun ni.Masa ni Edy tak sampai lagi..dia balik kg naik motor pd pagi raya.
Tuesday, September 15, 2009
Majlis Berbuka SmartForce 2009
REUNION SMDHH 2009 DI RESTORAN ALAMO KG BARU

Tuesday, September 1, 2009
Bapa2 dan Ibu saudaraku
Selamat Berpuasa & Selamat Hari Raya aku ucapkan kepada semua rakan dan saudara.Menjelang Ramadan dan hari Lebaran tahun ini, berbagai perkara yg telah berlaku dlm hidup ku. Bapa saudara ku yg ku panggil Pak Njang dimasukkan ke Hospital HUKM kerana manjalani pembedahan kecil pada kakinya. Pada masa yg sama juga, bapa saudaraku yg ku panggil Pak Tam, juga dimasukkan ke Ampang Puteri Hospital kerana sakit belakangnya berulang lagi. Baru2 ni ibu saudara ku yg ku panggil Mak Lang pula telah di masukkan ke Hospital AMpang kerana di syaki menghidap H1N1. Tetapi Alhamdulilah...semuanya telah pulih dan telah keluar dari hospital...Mereka semua telah menjalani kehidupan seperti biasa..Aku bersyukur kerana keadaan mereka semua tidak teruk.
Pada Ramadan yg ke 7, pihak syarikat tmpt aku bekerja tlh mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Saujana Impian Golf resort Kajang.Semua pekerja menerima hamper dan duit raya dari Bos..Aku juga telah menerima kenaikan gaji...wlpn sedikit..tapi syukurlah daripada tiada.Anak2 ku pula telah dijaga oleh ibuku kerana bbysitter tak boleh menjaga Arissa sebab dia tiada pembantu.Pening kepala memikirkan psl bbysitter ni...

My Sunshine....Love u all
Subscribe to:
Posts (Atom)